Wednesday 20 June 2012

Tiramisu Strawberry

Good morning n salam...1 Malaysia....

Lama dah tak menulis ni...buntu lak  rasanya...dan idea pun tersekat-sekat je...maklum le dah cuti lamaaa....atas sebab kesihatan...n pembawakan baby...gak...semua nya malas...nak posing kan gambar2 masakan lagi le cik lasss...

Sekarang alhamdulilah dah semakin stabil...dan pandai sikit2  susun masa dengan baby Imran.

Actually...dah banyak gak masak memasak n baking membaking( curi2 masa)...tapi bila bab nak posting kat blog tu kena ambil masa gak....kadang2 baru nak menaip...dahhh si comel jerit....jawapnya save je laaa....


Meh kita citer pasal tiramisu ni...ramai dah blogger sibuk buat...rupanyaaa...sedap...bila dah melibat cheese ...memang le sedapkan...

Resepi ni..intan gali dari blog K.Tun Pautan Kasih...tq kak...kak..izinkan saya copypaste ye

Jom kita ke resepi

Strawberry Tiramisu
Sumber : Rabiatun
Ada sikit pengubahsuaian mengikut citarasa dan stok yg ada...

Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry filling-intan guna strawberry
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional
Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream } intan pakai dua2..whipping cream je...stok takdak
125g whipping cream }
50g gula icing~ sifted
1 peket biskut tiramisu - disiramkan/dicelop dengan sedikit bancuhan air nescafe/kopi
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.} tak letak 

Cara:

1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.

2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.

3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.

4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.

5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan siramkan dengan sedikit bancuhan nescafe..dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun.  



Nota:
* Jika tiada whipped cream, boleh guna whipping cream sahaja..dan mungkin kena tambah sedikit gula icing. Rasa dulu adunan tu yer.
* Boleh juga gantikan cream cheese tu dgn mascapone.

Selamat mencuba!!





No comments:

Post a Comment