Showing posts with label DAGING. Show all posts
Showing posts with label DAGING. Show all posts

Tuesday, 24 May 2011

KELADI MASAK LEMAK CILI API DAGING




haaa...ini semalam nya menu....daging masak lemak dengan isi keladi....keladi tu pak mertua yg belikan...konon mula2 plan dengan hubby nak masak dengan siput sedut...teringin nak makan lagi...aritu mak mertua masak punya la sedap...intan sebenarnya tak makan siput sedut...tapiiiiii entahhhh macam mana termakan siput sedut lakkk...air tangan orang tua2kannn dan kita pun dah jemu asyik makan air tangan sendiri jekk ...sekali sekala dapat makan orang lain masak memang leee sedap sangat...intan tak makan...sebab geli dan takut...takut sebab tak nampak apa yg ada kat dalam tu...takut sedut punya sedut...cacing lakk kat dalam tu...hahaha...tapi terperangkap sudahhhh..atas kesedappan air tangan mertua...habisss intan sedut semua...terkantoi sudahhh..nyaaa..

Siput yg di plan tukar ke daging..kebetulan nak menghabiskan stock yang ada kat fridge..lagipun...hubby takde kat rumah siapa nak siang siput...yg bergerak-gerak tu....ishhhh takut lee...tapi ini pun sedappp...



bahan


1/2 kg daging - dipotong dan dibasuh bersama tepung-toskan
1 biji santan kelapa
*1 inci kunyit hidup- serbuk pun ok
*15 biji cili api
* 1/2 inci halia
*1/2 biji bawang besar
2 batang serai-diketuk
1 keping asam keping
isi keladi - dipotong ikut suka
secubit gula
garam secukup rasa
* diblend

caranya

rebus daging daging bersama bahan2 blend dan serai dan secubit gula..sehingga daging empuk dan lembut..setelah daging lembut.. masukkan isi keladi dan santan...masak hingga mendidih dan perasankan garam...


Nota: rebus daging bersama bahan2 kisar adalah untuk menghilangkan rasa hamis daging.


SELAMAT MENCUBA...

Sunday, 27 March 2011


aloooo....masak-masak....coooking-cooking,,,biasa leee..keje owang pompuankan....opssss!!! jgn merungut...buat sambil enjoy okay....tak rugiii...sapa cakap rugi...dapat pahala tau......even baru nak pegang lesung batu pun niat nak masak utk family dpt pahala tau...hahaha...

jom kita masak paprik daging nak...bagi intan paprik daging lagi sedap compare to paprik ayam atau udang sotong....resepi ni di amik dr my resepi...tapi 'diadjust sikit ikut citarasa sendiri dan pengalaman makan2 di kedai2....

okay intan share resepi nya ya...


bahan2

1/2 kilo daging ( dipotong dan direbus hingga empuk/lembut)

*5 biji cili api
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
*(bahan diketuk )



5 btg kacang panjang
bunga kobis
1 btg lobak merah ( carrot)
4 helai dan limau purut
1 biji bawang besar ( dihiris )

4 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
1/2 sdb kicap manis
2 gelas air
1 sudu tepung jagung ( dibancuh dgn air sedikit -utk memekatkan kuah )
garam secukup rasa

cara2nya:-

tumis bahan bertanda * hingga wangi....masukkan sos tiram, cili sos, dan kicap manis, masukkan daging dan air rebusan daging...tambahkan air..kemudian masukkan lobak, bunga kobis  bawang besar dan daun limau purut...biarkan sedikit lembut...kemudian baru masukkan kacang panjang dan bancuhan tepung jagung dan garam secukup rasa...biarkan seketika...dan siapppp... selamat mencuba...


nota: lebih suka kacang pjng dimasukkan akhir sbb ia lebih rangup...

Thursday, 17 March 2011

MASAK KICAP DAGING BERJINTAN

Hari ni...resepi intan..masak kicap daging berjintan...ni resepi bonda...sebenarnya masak kicap ni  boleh pelbagai cara...walaupun bahan2 nya sama..tapi kalau cara tumisan nya lain...akan mencipta rasa  dan rupa yang berlainan...tak caya try la..ni intan tunjukkan cara perapan atau  marinade dulu ya....

Bahan2nya:-

1/2 kg daging ( di hiris segiempat )
*1 sdb lada hitam
*1/2 sdb jintan manis
*1/2 sdb jintan halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
1 btg kayu manis
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
kicap manis
kicap masin
air asam jawa

1 biji bawang besar ( dihiris membulat )
3 biji cili hijau

Blend bahan *

Caranya:-

Perap daging bersama bahan  yg telah diblend atau kisar, kicap manis,kicap masin.. selama lebih kurang 1/2 atau 1 jam...lagi lama lagi sedap..sebab dah sebati   kan...

Tumis bunga lawang,cengkih,pelaga,kayu manis,  masukkan bahan perapan tadi...kemudian tu masukkan 2 gelas air ...masak hingga daging empuk dan lembut..tambahkan air asam jawa....setelah daging lembut masukkan bawang besar yg  dihiris ... biar seketika ..baru masukkan cili hijau.biar lebih kurang 1 minit.. Siap utk dihidang...Selamat mencuba...

nota: masakan ni tak memerlukan garam ..sebab mengunakkan kicap masin