Thursday, 17 March 2011

MASAK KICAP DAGING BERJINTAN

Hari ni...resepi intan..masak kicap daging berjintan...ni resepi bonda...sebenarnya masak kicap ni  boleh pelbagai cara...walaupun bahan2 nya sama..tapi kalau cara tumisan nya lain...akan mencipta rasa  dan rupa yang berlainan...tak caya try la..ni intan tunjukkan cara perapan atau  marinade dulu ya....

Bahan2nya:-

1/2 kg daging ( di hiris segiempat )
*1 sdb lada hitam
*1/2 sdb jintan manis
*1/2 sdb jintan halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
1 btg kayu manis
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
kicap manis
kicap masin
air asam jawa

1 biji bawang besar ( dihiris membulat )
3 biji cili hijau

Blend bahan *

Caranya:-

Perap daging bersama bahan  yg telah diblend atau kisar, kicap manis,kicap masin.. selama lebih kurang 1/2 atau 1 jam...lagi lama lagi sedap..sebab dah sebati   kan...

Tumis bunga lawang,cengkih,pelaga,kayu manis,  masukkan bahan perapan tadi...kemudian tu masukkan 2 gelas air ...masak hingga daging empuk dan lembut..tambahkan air asam jawa....setelah daging lembut masukkan bawang besar yg  dihiris ... biar seketika ..baru masukkan cili hijau.biar lebih kurang 1 minit.. Siap utk dihidang...Selamat mencuba...

nota: masakan ni tak memerlukan garam ..sebab mengunakkan kicap masin
      



No comments:

Post a Comment