Showing posts with label PASTA. Show all posts
Showing posts with label PASTA. Show all posts

Wednesday, 30 November 2011

Fetucini Carbonara




bahan

300 gram fetucini-direbus hingga lembut
2 sudu minyak jagung
10 batang sosej -dipotong kecil
1 cawan susu segar
10 biji cendawan butang -dipotong nipis
1 biji capsicum merah-dipotong dadu
1biji capsicum hijau-dipotong dadu
2 biji tomato
1 labu bawang besar (holand)-dipotong dadu
1 ulas bawang putih-dicincang halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
125 gm keju cheddar
100 gm keju parmesan-dicincang halus
30 gm daun pasli -
1 sudu makan serbuk oregano
garam secukup rasa

caranya

-Panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.
-Masukkan sosej,tomato,cendawan butang dan susu segar.Kacau rata.
-Masukkan serbuk lada hitam,serbuk oregano dan garam.Kacau rata
-Masukkan keju cheddar.capsicum merah dan hijau.Masak sehingga pekat.
-Tuangkan di atas fetucini dan taburkan daun pasli dan keju Parmesan.

Selamat mencuba

sumber: 1 hari 1 resepi....chef Hanieliza..

Tuesday, 14 June 2011

Spageti


Perancangan nak masak spageti ni hari isnin malam...sebab hubby takde di rumah..so time ni le boleh masak ringkas-ringkas macam ni...sampai masa malas le pulak....burger otai je jadi santapan malam...intan ni kalau dapat makan burger...malu nak habaq mai... 2 atau 3 biji boleh sekali jalan ...hahahah....buat punya tak best....burger beli je best....sebab kualinya dan serasi kot....entah le....

Jadi bila dah tersebut depan anak-anak....mesti diorang tuntut...benda-benda nya memang ada dah....dan spageti tu balance hak lama punya...kalau masak sikit2  je pasal cik abang tak makan...Tapi harini intan habiskan semua....dan bagi2 kat jiran2 kot...

Spageti intan ni dah dimelayukan sikit.....tak pedas memang tak sedap...dan resepi ni intan dapat dari kawan lelaki se'opis ' dulu....dia pandai memasak...orang lelaki sekarang pandai masak...kalau perempuan tak tau ..buat malu kaum hawa jekkk...itu le yang intan selalu omelkan dengan si anak sulong....

resepinya

1/2 bungkus pasta ( San Remo ) saya abiskan balance dulu....direbus dengan sedikit minyak dan garam-toskan
500 g daging - potong 4 dan direbus- lepas tu diblend dengan sedikit air daging hingga hancur..
baby tomato- ni memang masam berbanding tomato besar...jadi tak muak le bila makan ..
sos spageti - brand kimball
sos tomato
sos cili
7 biji cili api- diketuk
3 ulas bawang putih - diketuk

caranya tumisan sos


tumis cili api dan bawang putih dengan sedikit minyak..masukkan sos spageti, daging, sedikit air rebusan daging..biarkan mendidih...masukkan sos tomato...sos cili..dan baby tomato...biarkan betul-betul mendidih...rasakan garam dan masam manis nya...okay...dah boleh curahkan keatas spageti tadi...





Selamat mencuba!!

Nota : boleh guna daging yg sedia hancur ( minced meat ) tapi tak semanis daging kisaran sendiri...la