Saturday, 15 September 2012

Puding Roti Bersos Kastad




As-Salam dan Selamat Pagi

Buat apa pagi-pagi sabtu ni..intan kalau waktu-waktu cuti macam ni..biasanya busy menyediakan breakfast la..tapi hari ni..cik abe pergi memancing@ mem"fly" itu la istilah pemancing2 tegar2 macam hubby intan..so dia siap belikan kami roti canai ..so kurang la kerja sikit...dapat la selitkan kerja2 lain kan...soooo ter"update le blog intan yang dah slow melow ni...bukannya tak masak..tapiiii setiap kali dah photoshoot...pic tu ter"save bergitu saja disebabkan masa .

Sebenarnya puding roti kastard ni dah buat lama..so intan nak sharekan la pada yg berminat ..memang sedap sangat dan berkhasiat juga...dah le sedap penyediaan pun ringkas je...Pada yg mengejar masa tapi masih lagi nak memasak untuk anak-anak boleh le mencuba.




Bahan

8 keping roti ( potong roti menjadi 4 segiempat setiap keping atau boleh ikut suka)
500 ml susu segar
4 sb gula
2sb butter
3 biji telur
1 st esen vanilla
1sb tepung jagung
3sb coklat chips
kismis

caranya

Pukul telur,butter,gula, esen vanilla dan tepung jagung..pukul bagi sebati je..tak perlu lama...dengan garpu pun ok..kemudian masukkan ke dalam susu segar tadi.dan kacau sebati..Susun roti yg dah dipotong tadi..ke dalam loyang empatsegi dan taburkan coklat chip dan kismis ..Buat sehingga habis roti tadi..selapis demi selapis diikuti dengan coklat chips dan kismis..Biarkan seketika supaya roti2 tadi sebati dengan bancuhan susu tadi...Kemudian boleh le bakar ke dalam oven dengan api 180 selama 20 minit..


Bahan Sos Kastard

1 tin susu cair
11/2 sb tepung kastard
2 sb gula

Penyediaan sos kastard

Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak diatas yang perlahan..Pastikan sentiasa dikacau  untuk mengelakkan berketul-ketul. Masak sehingga kepekatan yang diingini..

Sejuk kan dan boleh la disiram ke atas puding roti..

Note: Saya suka makan apabila sos kastard dah disejukkan didalam fridge..maknanya kena buat sos dulu baru bakar pudingnya ye..



Selamat mencuba..


Thursday, 13 September 2012

Nasi Goreng Timun Racik



Salam dan Selamat Pagi..

Pagi ni intan sarapan nasi goreng ...coz semalam tak dapat makan nai..so harini...cover balik...hee main cover2 pulak kan...kalau tak dapat nasi rasa mengigil tulang-tulang ni..

Nasi goreng ni sebenarnya...resepi bonda..sejak kecil dan  dah biasa intan makan nasi goreng begini...mungkin ada yg pelik...nasi goreng timun racik.???..Timun ni bukan yg macam biasa kita makan..diulam...tapi timun ni akan diracik macam nak buat tahu sumbat selepas tu ditabur ke atas nasi..di gaul sekejap sebelum ditutup apinya...ia akan membangkit kan rasa lain kat nasi goreng tu tau...sangat berbeza rasanya kalau di makan ulam saja...tak percaya cuba laa...


Bahan-bahannya

2 pot nasi  yg telah dimasak semalaman
Segengam ikan bilis - dibersihkan*
3 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
1sb cili kering- yg telah diblend atau cili boh pun boleh
2 sb kicap manis
5 biji cili padi thai ( optional)- dihiris halus
1/2 biji timun - diracik halus seperti nak buat tahu sumbat

* bahan ditumbuk -tak perlu lumat

caranya

Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik wangi...masukkan cili blend.. tumis lagi hingga naik bau . Masukkan nasi, gaul rata dengan cili tadi hingga wangi nasinya..jangan pahit pula..heee.....akhirnya .baru masukkan kicap manis, cili padi dan timun..gaul rata..perasakan garamnya...Siap!

Note: untuk mendapatkan rasa nasi goreng yang sedap nasi harus digoreng rata dan lama..