Jom kita memuding harini....
bahan A ( karamel )
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
bahan B ( Puding )
10 keping roti ( dikoyak )
1 tin susu cair ( 400 ml)
1 cawan air
1 tin air buah pic atau lain2 ( dlm tin )
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan tepung kastard
buah2 utk hiasan ( ikut suka )
cara membuat
1- masukkan gula di dalam loyang masakkan hingga kekuningan, masukkan air dan kacau hinnga gula larut dan mendidih...tutup api dan ketepikan
2- kemudian gaul rata semua bahan B di dalam mangkuk besar
3- panaskan kukusan hingga mendidih
4- masukkan bancuhan ke dalam loyang karamel tadi.
5- kukus selama 30 - 40 minit
6- sejukkan dan terbalikkan perlahan-lahan ke dalam pinggan leper
7-boleh di makan bersama buah-buahan tin tadi..
selamat mencuba!
sumber : chef hanieliza
No comments:
Post a Comment