Tuesday 14 June 2011

KEK CHIFFON LAGI....TEMPAHAN KAWAN-KAWAN





Kek Chiffon....Jumaat lepas....kek ni adalah tempahan kedua dari kawan sekeje dulu-dulu...tempahan pertama dulu intan buat perisa coklat strawberry dan oren strawberry...tapi kali mereka minta strawberry lagi ..katanya sedap.. biasanya di luar perisa pandan yg biasa dijual...

resepinya...

Sukatan kek yg bulat
bahan A

6 biji kuning telur
50 gm gula halus
60gm minyak masak- saya pakai minyak jagung
60 ml susu cair
1/2 st esen vanilla
110 gm tepung gandum + 1 st baking powder - diayak bersama
perwarna ikut suka...saya pakai strawberry emulco dan oren emulco

bahan B

6 biji putih telur
1 sdt cream of tartar ( saya tak pakai pun )
70 gm gula halus

* pukul bahan B samapi bertanduk, putih,likat dan terbalik tak jatuh.


caranya

Satukan bahan A dan pukul hingga sebati....( cara saya masukkan bahan A kecuali tepung-pukul sebati baru masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul pelahan hingga sebati...kemmudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit kedalam bahan A tadi...dengan cara kaup balik...hingga gaul sebati...asingkan ke beberapa bahagian dan warnakan....

bakars selama 40 minit atau hingga masak...ini bergantung pada oven masing2 dan loyang masing...pada api 160C......dah masak..terus diterbalikkan....biarkan ia sejuk...lerekkan dengan pisau nipis untuk mengeluarkannya...

Sukatan Empatsegi

Bahan A

6 biji kuning telur ( gred A )
150g gula halus
100ml pati santan
100 ml minyak masak ( corn oil )
70 ml air
225g tepung gandum
11/2 st baking powder
1 camca teh keladi
/2 camca teh pewarna ungu
secubit garam

Bahan B

6 biji putih telur ( gred A )
135 g gula halus
1/2 camca teh cream of tartar

Nota: intan tukar santan dan air ke bancuhan susu tepung...170ml dan perisa dan pewarna ...emulco strawberry dan coklat...





sumber : my resepi...CMG dan liza

No comments:

Post a Comment