Wednesday 16 March 2011

Cheesy Fair Lady



Assalamualaikum kawan2....


Ini nak citer pasal kek pule...kek ni mmg yummy..yummy sgt2.......first time try baked kek yg berlapis...Mula2 bercinta gak nak buat kek berlapis2 ni... dah masak nak kena tunggu sejuk ...baru boleh potong 3 lapisan utk menyapu cream2 diantara 3 lapisan tu kan...alaaa yg macam kita selalu beli kat bakery2 tu.....


Tapi rupa-rupanya..tak le sesusah mana...Moral of the story...cuba dulu baru tau....dont judge my its cover pun mmg betul gak peribahasanya......kadang-kadang  kita suka berprasangka kan......


Berbalik pada story cheesy fair lady cake ni....jom try bake kek ni....dimana ada kemahuan di situ got road....hahaha....JoM rEdAH!!!...




Resepi oleh Norazizah...tapi olahan resepi saya cilok dr sue aleen 


BAHAN UNTUK KEK:-
5 biji telur Gred A
120 g gula
15 g ovalette
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 g minyak jagung
2 camca besar susu segar/cair
1 camca teh esen vanila

Cara buat kek:-

1. Pukul telur sampai putih dan kembang.

2. Masukkan gula dan ovalette (optional). Pukul lagi seperti nak buat bahulu.

3. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit berserta dengan susu segar & esen vanilla. 

4. Kemudian masukkan minyak jagung dan pukul sebati (tak perlu lama).

5. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180°C. Api bawah saja. Bakar sehingga masak guna kaedah steam bake. Sejukkan selepas masak. Kemudian boleh dibahagikan kepada 3/lebih bahagian menggunakan segregate knife.

* Saya timbang dan masak 3 kali. Setiap timbangan seberat 160 gm. Masak selama 20 minit setiap satu. 

BAHAN UNTUK LAPISAN KEJU:-

100 gm mentega
150 gm krim keju (saya guna satu blok)
100 gm gula aising *diayak
100 gm fresh cream/non dairy whipping cream
2 sudu teh perisa oren/parutan oren

Cara buat:-

1. Pukul mentega dan krim keju hingga sebati. Kemudian masukkan gula aising dan fresh cream. Masukkan pula perisa oren/parutan oren. Pukul hingga kembang.

*Lapisan keju ini tidak mudah cair.

UNTUK HIASAN/TOPPING:-

100 gm fresh cream 
Coklat putih (ikut suka) *diparut

1. Pukul fresh cream sampai kental. Jangan terlebih pukul nanti dia cair balik. Salut pada kek. Taburkan dengan coklat putih yang telah diparut.


Cara melapis:

Lapisan kek - lapisan keju - lapisan kek - lapisan keju - lapisan kek - hiasan/topping - coklat putih yang diparut. Simpan sekejap dalam peti ais sebelum dipotong. 15 minit pun dah cukup.





TQ IZAH DAN SUE...





No comments:

Post a Comment