Sunday, 27 March 2011

Gulai Tempoyak Ikan Terubuk



Hari ni sabtukannn...anak2 cuti sekolah...ada  lak permintaan dari sekecikkk...nak mamanya masak gulai tempoyak...kebetulan ada tempoyak baru....jadi pemintaannya tertunai leee...favourite si adik ni...tapi  fav...mamanya jua..

Gulai ni sedap dimasak dengan ikan yg banyak tulangnya..macam ikan terubuk, kembung, lampam, tapi intan lebih suka ikan terubuk ....apalagi kentung-kentang le mamanya di dapur...memasak...senang je masak gulai ni....10 minit boleh siap.....eceehhhh....ehhhh...betul tau 10 minit  boleh siap....tak caya tengok le bahan2 nya...ringkas jekkkk...

Bahan2.

1 ekor ikan terubuk ( dipotong 3 )

*1/2 inci kunyit hidup
*4 biji cili api
*2 btg cili masak/merah
* ditumbuk

4 gelas air
3 sudu tempoyak
3 helai daun limau purut
garam secukup rasa

Caranya:-

Sediakan ikan didalam periuk...masukkan bahan tumbuk *...kemudian masukkan tempoyak.. digaul dan dirata-ratakan pada badan2 ikan seketika.(ini cara mak intan-katanya cara org dulu2)....baru dimasukkan air, limau purut dan garam...Masakkan hingga  kuahnya mendidih dan boleh le dihidangkan....senangkan....try le...




nota:

1) tak letak daun limau purut pun takpe---intan suka sbb ia akan berbau wangi
2) utk mencantikkan gulai...cili masak tak perlu ditumbuk lumat.

No comments:

Post a Comment