Sunday 29 May 2011

SOP TULANG RAWAN

ini menu semalam...waktu jalan2 cari sarapan semalam terpandang lak lembu2 yg tergantung...apa lagi mengesop le....lagi pun nak kejar masa...husband kena kerja pula semalam...ini juga adalah fav husband dan bapa mertuaku.....kalau dia cuti....takde la terkejar-kejar sangat nak masak...sop ni kerja nya senang tak remeh...basuh-basuh rebus je sampai empuk dan lembut dagingnya...

dan kebetulan semalam hujan....Ya Allah punya la sedap mengesop di lawan lak dengan sambal kicap jawa....

jom kita intai resepi nya...tapi resepi dan cara intan ada campur yg manual punya...lesung batu digunakan..baru le kawwwww!!! aslikannnnn....


bahan

1kg tulang lembu- dibasuh bersama tepung dan direbus hingga empuk dan lembut
*5 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 biji bawang besar
*1st lada hitam
*1st jintan manis
*1st jintan putih/halus
1/2 btg kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 bjij bunga cengkih
1 batang serai-diketuk je
1 biji tomato-dipotong 2
3 biji kentang dipotong 4
secekak daun sop
garam secukup rasa
1/2 kiub ikan bilis ( brand KNOR )

* tumbuk hingga lumat...

caranya

tumis di kuali lain  rempah bahan penumis dan bahan tumbuk hingga wangi dan dan sedikit berbuih...kemudian kaup dan tuangkan terus.kedalam periuk rebusan tulang yg telah lembut tadi...biarkan mendidih..masukkan kentang, kiub ikan bilis. serai...dan garam. bila kentang dah empuk..masukkan tomato dan patah-patah daun sop kedalam periuk sop tadi...perasakan garamnya...siap... 

nota: dimakan bersama sambal kicap special ku....sila le ke link sambal kicap puleee...yee

SELAMAT MENCUBA!!


Sumber : caraku

No comments:

Post a Comment